Press "Enter" to skip to content

Aplikasi Yang Mencuri Data Peribadi Pada Telefon Pintar Anda

Kongsi Artikel Ini :

Sebelum ini, kecoh yang dikatakan aplikasi yang mencuri data peribadi anda. Malah, aplikasi tersebut telah dikongsi sendiri oleh pihak Polis Diraja Malaysia.

Terbaharu, kecoh apabila penyelidik daripada Wandera telah berkongsi dua aplikasi yang mencuri data tampil dengan perisian iklan pop-up yang boleh menyebabkan prestasi telefon pintar anda tidak lagiĀ power.

Kenapa? Perisian iklan pop-up tersebut bukan sahaja menggangu dan mengaut keuntungan daripada iklan tersebut, tetapi kerana iklan yang aktif berjalan pada latarbelakang menyebabkan isu lain pada peranti anda seperti bateri akan cepat habis.

Aplikasi Yang Mencuri Data

Aplikasi tersebut adalah Sun Pro Beauty Camera dan Funny Sweet Beauty Selfie dan dikatakan telah dimuat turun lebih daripada 1.5 juta kali dari Google Play Store. Malah, data anda turut dikatakan terdedah untuk dicuri oleh aplikasi tersebut.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi tersebut dapat merekod audio pada bila-bila masa dan aplikasi itu juga dapat menggunakan mikrofon untuk mendengar bunyi disekitar telefon pintar anda tanpa pengesahan pengguna.

Sumber : Thevocket

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :