Press "Enter" to skip to content

Apple iPhone SE2 Dijangka Diperkenalkan Pada Awal Tahun 2020

Kongsi Artikel Ini :

Terbaharu, setelah beberapa ura-ura yang diumumkan sebelum ini, difahamkan Apple akan melancarkan Apple iPhone SE2 pada awal tahun 2020. Model terbaru ini dikatakan akan menggunakan rekaan iPhone 8 dengan penyertaan saiz skrin 4.7-inci serta home button. 

Sejak mula diperkenalkan, rekaan iPhone 5,5S dan SE seringkali menjadi pilihan pengguna berikutan rekaannya yang moden dan selesa untuk digunakan.

Apple iPhone SE2
Sumber : Digital Trends

Menariknya, Apple mensasarkan model terbaru ini dengan harga yang lebih rendah bagi membolehkan orang ramai berpeluang mendapatkan iPhone yang lebih mampu milik. Meskipun menawarkan harga yang lebih rendah, difahamkan model dengan saiz kecil ini dijangka akan menawarkan prestasi yang sama seperti iPhone 11 berdasarkan pengunaan processor A13 Bionic.

Sekiranya Apple berjaya merealisasikannya, pastinya model ini bakal dijual dengan laris khususnya buat pengguna yang sudah lama menantikan iPhone dengan saiz skrin kecil ini.

Sumber : Thevocket

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :