Press "Enter" to skip to content

ASUS ROG Phone II Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Kongsi Artikel Ini :

Terbaru, Asus telah melancarkan telefon pintar gaming terbaru mereka secara rasmi di Malaysia iaitu ASUS ROG Phone II.

Bermula dengan sekadar percubaan, telefon pintar gaming nampaknya semakin mendapat tempat dikalangan pengguna. Ditambah pula dengan industri e-sukan yang semakin berkembang, penggunaan telefon pintar gaming sedikit sebanyak bakal membantu pengguna mendapatkan yang terbaik pada telefon pintar yang diguna.

ASUS ROG Phone II
Sumber : Pcworld

Berbincang mengenai telefon pintar gaming pastinya spesifikasi yang menjadi ukuran. Dari segi processor, model ini disertakan dengan cip terbaru daripada Snapdragon iaitu Snapdragon 855+. RAM pada model ini pula ada sebesar 12GB manakal saiz storannya pula mampu memuatkan sehingga 512GB.

Antara yang menjadi kejutan pada model ROG keluaran tahun ini sudah pastinya penyertaan bateri dengan kapasiti 6,000 mAh yang pastinya membolehkan pengguna menikmati game tanpa perlu mengecas semula dalam masa yang singkat.

Menurut Asus, penggunaan bateri bersaiz besar ini membolehkan game PUBG dimain secara berterusan selama tujuh jam. Pengecas yang disediakan pula adalah ROG HyperCharge 30W.

Tidak hanya memfokuskan kepada spesifikasi dalaman semata-mata, model ini turut boleh digunakan buat para gamer mengambil gambar dengan kualiti yang baik dengan penyertaan sensor 48 dan 13-megapixel pada bahagian belakang serta kamera 24-megapixel pada bahagian hadapan. Lensa ultra-wide antara yang disertakan pada model tahun ini.

Sumber : Engadget

Lebih menarik, Asus ROG Phone II turut hadir dengan beberapa aksesori terbaru. Antara aksesori yang dilancarkan adalah AeroActive Cooler II iaitu sistem penyejuk yang berkemampuan menyejukkan Asus ROG Phone II.

Asus turut memperkenalkan ROG Kunai dimana pengguna berpeluang memainkan ROG Phone II seakan Nintendo Switch. Antara aksesori yang paling epik pada kami sudah pastinya Twinview Dock II iaitu sebuah aksesori dengan skrin 120Hz beserta bateri tambahan 5,000mAh membolehkan anda menikmati game yang dimainkan.

Asus ROG Phone II mula ditawarkan di Malaysia dengan harga RM3,499 dengan aksesori percuma bernilai RM398. Buat gamer sejati yang mahu mendapatkan pakej lengkap, ASUS Malaysia turut menawarkan pakej ASUS ROG Phone II SuperPark bernilai RM6,999 yang terdiri daripada lapan aksesori. Model ini sudah mula ditawarkan di Lazada dan anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

Sumber : Thevocket

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :