Press "Enter" to skip to content

Bank Caj RM2 Untuk Perkhidmatan Transaksi Di Kaunter

Kongsi Artikel Ini :

Terbaharu, dikhabarkan beberapa buah bank komersial utama telah mengenakan bayaran tambahan. Bank caj RM2 untuk perkhidmatan transaksi pembayaran kad kredit dan kaunter.

Sebelum ini, sebarang transaksi di kaunter bank tidak dikenakan sebarang caj tetapi kini anda akan dikenakan caj tambahan.

Malah, caj sebanyak RM0.50 telah dikenakan untuk transaksi menggunakan mesin deposit tunai (CDM) dan mesin deposit cek (CQM). Untuk maklumat anda, bayaran tambahan ini tidak akan dinyatakan pada slip pembayaran sebaliknya dicajkan ke dalam akaun peminjam.

Bank Caj RM2
Sumber : TTKM

Bank Caj RM2 dijalankan bertujuan untuk menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan perbankan internet dimana tiada caj tambahan akan dikenakan dengan kebenaran daripada pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Pastinya caj tambahan ini sedikit sebanyak akan menyukarkan pelbagai pihak, lagi-lagi yang tidak menggunakan perbankan internet. Jika anda ingin membantah pihak bank kenakan caj tambahan ini, anda boleh membantah dan membuat aduan melalui laman sesawang ini.

Sumber : Thevocket

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :