fbpx Press "Enter" to skip to content

Bil Unifi Percuma Sampai Hujung Tahun Ini

Kongsi Artikel Ini :

TM sebelum ini telah memperkenalkan bil unifi percuma promosi 1 bulan untuk pendaftaran baru Unifi Home Fibre Broadband, di mana promosi ini akan tamat hari ini, 30 September 2019.

Bagaimanapun, TM telah memuat naik petunjuk tentang promosi baru yang akan datang tetapi masih belum menjelaskan tentangnya.

Perkara ini mungkin telah terbocor apabila promosi terbaru Unifi telah dimuat naik di media sosial.

Bil Unifi Percuma

Promosi terbaru ini menyatakan, pengguna tidak perlu membayar bil bulanan sehingga 31 Disember 2019. Hanya bayar bil Unifi bermula Januari 2020.

Apabila dihubungi, beliau menerangkan promosi ini telah bermula Oktober dan dibuka untuk semua pelan Unifi Home Fibre Broadband. Tetapi ia untuk pendaftaran baru sahaja. Seperti biasa, pengguna akan dikenakan kontrak selama 24-bulan dari hari pertama Unifi digunakan.

Bil Unifi Percuma

Sekali lagi, TM membuat promosi bil unifi percuma yang sangat menarik hanya untuk pengguna baru sahaja. Jika anda belum mendaftar Unifi, ini adalah masa yang terbaik untuk melakukannya.

Sumber: TokanWifi, Soyacincau

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :