Select Page
Kongsi Artikel Ini :

Jika anda pemilik perniagaan, maka anda harus kaji dan teliti produk yang baru Celcom lancarkan hari ini. Celcom Business Suite menggabungkan sistem operasi dan komunikasi digital yang dapat membantu perniagaan berkembang menggunakan teknologi terkini.

Peniaga boleh menonjolkan diri dalam pasaran dengan tawaran hujung-ke-hujung dari Celcom Business Suite. Dengan satu pakej semua-dalam-satu, pengguna akan menerima sambungan internet mudah alih dengan kuota data yang besar serta internet jalur lebar dengan WiFi. Ia digandingkan dengan penyelesaian untuk operasi pemasaran dan jualan tanpa perlu bergantung kepada penyedia yang berbeza.

Celcom Business Suite

Pakej Celcom Business Suite untuk perniagaan menyediakan penyelesaian berikut:

Celcom Business AllShare – Internet mudah alih 4G untuk pemilik perniagaan serta pekerja dengan kawalan pembahagian kuota sesama ahli. Ditawarkan dalam tiga pakej, Gold dengan 180GB kuota bersama 5 talian, Gold Plus dengan 850GB kuota dan 25 talian serta Platinum dengan 1.7TB kuota serta 50 talian.

Celcom Business Suite

Celcom Business Wireless – Internet WiFi yang mudah dipasang. Menyediakan kuota sebanyak 150GB untuk sambungan WiFi sehingga 64 peranti.

Celcom Business Suite

Celcom SafePay mPOS – Sistem pembayaran kad secara elektronik yang sangat mudah digunakan di mana jua. Hanya memerlukan telefon pintar atau tablet.

Celcom Business Suite

OMNI Communication – Portal web yang menghubungkan peniaga kepada pelanggan menerusi pelbagai cara perhubungan seperti SMS, emel, notifikasi serta aplikasi sembang.

Celcom Business Suite

VirtuExt – Menggabungkan satu talian pejabat kepada pelbagai nombor mudah alih. Membolehkan pekerja untuk dihubungi oleh pelanggan bila-bila masa, walaupun di luar pejabat.

Celcom Business Suite

Pemilik perniagaan boleh memilih mana-mana pelan yang sesuai mengikut keperluan syarikat mereka. Pakej yang menggabungkan pelbagai pelan ini membolehkan syarikat beroleh penjimatan sehingga RM5,160 selama 24 bulan.

Selain perkhidmatan di atas, syarikat juga boleh menambah perkhidmatan lain jika memerlukan. Celcom Business Suite turut menyediakan perkhidmatan langganan Microsoft Office365, Pengiklanan Berdasarkan Lokasi (LBA) serta storan awan Cloud Secure.

Celcom akan memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan untuk keperluan perniagaan di masa depan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Celcom Business Suite for Retail .

Sumber : Soyacincau

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :