Press "Enter" to skip to content

Cip AI Hanguang 800 Diperkenal Oleh Alibaba, Kuasa Pengkomputeran Termaju

Kongsi Artikel Ini :

Alibaba adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam bidang teknologi. Mereka terkenal dengan platform e-dagang Taobao di China dan turut memiliki perkhidmatan awan, Alibaba Cloud. Dalam persidangan tahunan Alibaba Cloud Apsara yang diadakan di Hangzhou China, mereka memperkenalkan cip AI Hanguang 800.

Kuasa pemproses AI kini menjadi semakin penting untuk menjalankan pelbagai kerja. Bagi Alibaba, ia diperlukan bagi memberi pengalaman yang mudah buat pengguna terutama ketika membeli-belah dalam talian.

Semasa proses pembangunan, cip Hanguang 800 digunakan bagi menguruskan perkhidmatan perniagaan Alibaba seperti carian produk, terjemahan automatik di laman web, cadangan peribadi, pengiklanan serta perkhidmatan pelanggan pintar. Kesemua ini memerlukan kuasa pemproses AI yang tinggi.

Cip AI Hanguang 800

Cip AI Hanguang 800 dibangunkan oleh T-Head, dibawab Akademi Alibaba DAMO. Ia merupakan inisiatif peneraju pembangunan teknologi dan kajian saintifik.

Prestasi pengiraan Hanguang 800 mencapai rekod sangat tinggi dalam industri. Cip teras tunggal ini berjaya mencecah 78,563 IPS dalam prestasi pengiraan, sementara prestasi kecekapan direkodkan pada 500 IPS/W.

Sebagai contoh, sekitar 1 bilion gambar produk dimuat naik ke Taobao, laman e-dagang Alibaba, setiap hari oleh peniaga. Sebelum ini, ia mengambil masa 1 jam untuk menyusun kategori jumlah gambar yang sangat besar ini. Tetapi dengan Hanguang 800, ia mengambil masa hanya 5 minit untuk memproses kerja yang sama.

Alibaba akan memperkasa kuasa Hanguang 800 kepada pelanggan Alibaba Cloud bagi untuk memberikan perkhidmatan awan termaju kepada mereka, mengurangkan jurang teknologi yang boleh diakses kepada semua di dunia.

Sumber : Soyacincau

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :