fbpx Press "Enter" to skip to content

eSIM Umobile Mula Ditawarkan Di Malaysia

Kongsi Artikel Ini :

Telefon pintar terbaru Apple, siri iPhone 11 akan mula dijual di Malaysia minggu ini, bermula 27 September 2019. U Mobile menambah berita baik ini dengan mengumumkan penawaran eSIM Umobile tidak lama lagi di rangkaian mereka.

eSIM merupakan SIM yang telah dipasang ke dalam telefon pintar, yang membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar tanpa memasukkan kad SIM fizikal. Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR dan boleh bersambung terus ke rangkaian telekomunikasi.

Menurut U Mobile, eSIM Umobile mereka akan mula tersedia pada 27 September 2019, tarikh yang sama siri iPhone 11 mula dijual di Malaysia. Bagaimanapun, tidak pula dinyatakan sama ada ia akan ditawarkan untuk pengguna sedia ada ataupun akan dikenakan caj untuk berubah dari kad SIM fizikal ke eSIM.

esim umobile

eSIM U Mobile akan sedia digunakan bersama iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max serta iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max. Dengan eSIM, ia membolehkan pengguna iPhone mengaktifkan fungsi dwi-sim apabila digandingkan dengan satu kad SIM fizikal.

Tempahan awal siri iPhone 11 kini telah dibuka di U Mobile. Ia akan mula dijual di Malaysia secara rasmi pada 27 September 2019.

Sumber: Soyacincau

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :