fbpx Press "Enter" to skip to content

Hello Kitty Baby-G Sempena Ulang Tahun Ke-45 Sanrio

Kongsi Artikel Ini :

Model Keluaran Hello Kitty Baby-G pasti akan laris kerana tidak dinafikan bahawa kartun Hello Kitty memiliki peminatnya tersendiri baik daripada golongan kanak-kanak mahupun dewasa dan ini merupakan berita baik untuk peminat Hello Kitty.

Ini kerana Sanrio berkolaborasi dengan Baby-G tampil dengan koleksi jam tangan bersempena dengan ulang tahun ke-45 Hello Kitty.

Menariknya koleksi jam tangan ini, ia tampil dengan dua pilihan warna iaitu putih dan merah jambu.

Model yang digunakan untuk koleksi ini adalah BGA-150KT-4B dan corak bunga pada muka jam tersebut diinspirasikan dari siri Quilt Hello Kitty yang pernah popular pada tahun 90-an.

Koleksi edisi khas Hello Kitty Baby-G ini berharga $150 (~RM609). Koleksi tersebut tersedia di pasaran pada 15 Mac ini di butik Sanrio dan boleh dibeli secara atas talian serta di butik Casio.

Hello Kitty x Baby-G

Sumber : Thevocket

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *