fbpx Press "Enter" to skip to content

Huawei Demonstrasi 5G Muat Turun Berkelajuan 1.3Gbps Di Pavilion

Kongsi Artikel Ini :

Huawei Demonstrasi 5G pertama kalinya di Huawei Experience Store, Pavilion Elite Kuala Lumpur. Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) bersedia untuk menyediakan kemudahan 5G di Malaysia dengan memberikan pengalaman teknologi baharu itu kepada pengguna.

Huawei Demonstrasi 5G
Sumber : Bharian

Pengarah Peruncitan Huawei Malaysia, Carlson Leong berkata, ia bakal memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenaj apa itu teknologi 5G dan sejauh mana keberkesanannya.

Beliau berkata, Huawei Malaysia turut bekerjasama dengan Maxis bagi menyediakan demonstrasi 5G itu yang terbahagi kepada beberapa kategori.

“Teknologi 5G adalah perkara penting untuk Asia Pasifik termasuk Malaysia dalam berhadapan dan bersedia dengan peredaran teknologi global.

“Demonstrasi ini adalah pendedahan kepada orang ramai mengenai apa yang boleh dilakukan jika kita mengguna pakai teknologi ini.

“Pengalaman pengguna adalah aspek penting kepada Huawei dan kami berbangga dengan memperkenalkan demonstrasi ini,” katanya pada majlis pelancaran demonstrasi pertama 5G di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Leong berkata Malaysia sudah bersedia untuk menggunapakai teknologi 5G tetapi tidak dapat memberikan tempoh tepat pelaksanaannya kelak.

Beliau berkata, orang ramai dapat melihat sendiri bagaimana 5G dapat mengubah kehidupan seharian untuk penggunaan rumah manakala untuk sektor perniagaan, ia mampu meningkatkan ekonomi dengan menggunapakai teknologi ini.

Ia akan meningkatkan pembangunan ekonomi dan produktivitj negara dengan memberikan persekitaran yang lebih pantas,” katanya.

Gergasi teknologi dunia itu juga baru-baru ini percaya bahawa Malaysia berada dalam landasan tepat membangunkan teknologi 5G.

Malaysia katanya sedang membangunkan teknologi rangkaian 5G dengan lancar dan ia akan menjadi antara negara pertama mempunyai rangkaian infrastruktur 5G di rantau ini.

modem huawei 5g
Sumber : Soyacincau

Dengan adanya kerjasama antara Huawei dan kerajaan, ia katanya akan membolehkan teknologi dan produk 5G dimanfaatkan sepenuhnya dalam pelbagai sektor serta industri di Malaysia.

Huawei Malaysia komited untuk terus menjadikan negara ini sebagai antara pasaran utamanya di rantau ini, khususnya dalam segmen pengguna.

Segmen pengguna menjadi peneraju utama pasarannya di negara ini dan sebarang konflik yang terjadi tidak akan menjejaskan segmen penggunaannya.

Sumber : Bharian

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :