Press "Enter" to skip to content

Huawei Mate 30 Pro Mungkin Dilengkapi Dengan 7 Kamera

Kongsi Artikel Ini :

Seperti telefon pintar flagship lain yang dilancarkan sejak akhir-akhir ini, rekaan telefon pintar semakin kerap tertiris. Pada kali ini menerusi @onleaks dapat dilihat Huawei Mate 30 Pro bakal hadir dengan tujuh kamera.

Bermula dengan perang telefon pintar dengan megapixel tertinggi, kini pengeluar telefon pintar seolah berebut untuk menghasilkan telefon pintar dengan kamera yang pelbagai bagi menawarkan kualiti gambar yang terbaik.

Huawei Mate 30 Pro

Tujuh kamera yang disertakan hadir dengan empat kamera pada bahagian belakang dan tiga kamera. Selain itu, dapat disahkan bahawa smartphone ini masih lagi mengekalkan takuk pada bahagian hadapan. Penyertaan rekaan dalam bentuk bulatan antara yang dilihat unik pada kali ini.

Huawei dijangka bakal melancarkan Huawei Mate 30 Pro bersama Mate 30 pada 19 September ini. Sama-sama kita nantikan apa lagi kejutan yang bakal diperkenalkan Huawei pada kali ini.

Sumber : Thevocket

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :