fbpx Press "Enter" to skip to content

HUAWEI nova 5T Smartphone Paling Bergaya 2019

Kongsi Artikel Ini :

HUAWEI nova 5T nampaknya bakal membuat fenomena yang tersendiri, walaupun masih belum dilancarkan di Malaysia, ramai mula tidak keruan apabila ia membuat kemunculan pertamanya di Minggu Fesyen Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (KLFW 2019) baru-baru ini.

huawei nova 5t klfw 2019

Rata-rata memperkatakan tentang reka bentuk yang yang memukau dan prestasinya yang setanding dengan flagship HUAWEI yang lain. Tidak lupa juga 5 kamera yang dilengkapi dengan teknologi AI. Memang wowlah!

HUAWEI nova 5T, reka bentuk trendy dengan gaya memukau!

huawei nova 5t

Siapa kata reka bentuk telefon pintar tidak penting? Sekarang ini, telefon pintar dengan gaya semestinya menjadi pilihan kerana kelihatan cantik dan menarik perhatian. Oleh itu, anda kena lihat sendiri telefon pintar terbaru keluaran HUAWEI iaitu nova 5T.

Walaupun merupakan kategori mid-range, tetapi HUAWEI menjanjikan prestasinya setanding dengan flagship HUAWEI yang lain.

5 Kamera dengan teknologi AI.

huawei nova 5t camera

Kalau cakap bab kamera telefon pintar terbaik di pasaran rasanya tiada model yang setanding kualiti kamera dan gambar yang dihasilkan HUAWEI. Terbaru, HUAWEI bakal melancarkan model nova 5T dengan 5 kamera telefon yang berteknologi AI (16 MP Ultra Wide Angle, 48 MP kamera utama SONY 1/2 sensor, 2 MP Depth Assist dan 2 MP Macro).

Sesuai sangatla HUAWEI nova 5T ini untuk generasi macam anda yang suka mengadikan setiap moment dengan merakam gambar makanan, OOTD dan tempat yang menarik.

huawei nova 5t macro

2 MP Macro kameranya dapat membantu anda untuk menangkap gambar dengan terperinci.

huawei nova 5t potrait

Bukan itu saja, ia turut dilengkapi 32 MP kamera selfie dengan 3D Potrait Lighting, sesuailah untuk anda yang suka berswafoto.

huawei nova 5t night mode

Kamera HUAWEI nova 5T juga mampu menghasilkan gambar berkualiti walaupun  diambil pada waktu malam dan kurang pencahayaan kerana ia dilengkapi dengan AIS Super Night Mode.

huawei nova 5t wide angle

Fungsi Ultra Wide Angle pula memberikan anda hasil gambar landskap yang cantik. Lepas ini senanglah anda untuk bereksperimentasi untuk ambil gambar.

Kualiti telefon pintar mid range terbaik di pasaran!

Kemaskini terbaru memberi fokus kepada kemudahan hiburan melalui peranti mudah alih tanpa had video panggilan masuk. Proses pemindahan dokumen, gambar dan video juga boleh dilakukan dengan cepat dengan perkongsian tanpa wayar One Tap Share.

huawei nova 5t kirin 980

Selain itu, ia memiliki set cip bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia. HUAWEI menggunakan set cipnya sendiri iaitu Kirin 980 yang dilengkapi 8 gigabait (GB) RAM dan 128GB ROM. Ia terdiri dari teknologi penyimpanan ultra pantas UFS 2.1.

huawei nova 5t scree to body ratio

HUAWEI juga ingin anda rasai pengalaman menggunakan smartphone yang tiada tandingan. Jadi, ia direka dengan skrin 6.26″ screen-to-body ratio lebih besar dan menyembunyikan 4.5mm kamera ultra small di bawah skrin supaya pandangan anda terganggu.

Jadi, anda boleh tengok video dan streaming drama favourite pada skrin lebih luas lepas ini!

Pengalaman bermain games yang mengujakan!

huawei nova 5t gpu turbo 3.0

Bagi pengemar permainan atas talian, anda boleh mengoptimumkan permainan di mana saja dengan mengurangkan penggunaan bateri, visual permainan yang tinggi dan permainan yang lancar tanpa frames kerana ia turut dilengkapi dengan GPU Turbo 3.0 yang pastinya membantu mengurangkan sebarang gangguan.

Tapi yang paling best semestinya fungsi “Do not disturb” yang membolehkan anda terus bermain games tanpa gangguan panggilan telefon.

Dapatkan HUAWEI nova 5T dengan hanya RM 1,599!

Selalunya kalau telefon yang berprestasi tinggi ini harga mesti agak pricey kan? Anda jangan risau yang itu sebab smartphone ini dijamin mampu milik. Ianya dijual dengan hanya dengan harga RM1,599!

huawei nova 5t watermark

Boleh didapati dalam pilihan warna Midsummer Purple, Crush Blue dan Black, sememangnya smartphone dengan rekaan trendy yang wajib dimiliki masa kini. Kalau pakai mesti orang lain jealous punyalah!

huawei nova 5t fingerprint

Betapa coolnya smartphone ini, ia turut dilengkapi sensor fingerprint ultra fast 0.3 sec pada butang kuasa yang memudahkan anda untuk membuka kunci dengan hanya sebelah tangan. Sambil jalan nak unlock smartphone pun tiada masalah lepas ini!

huawei nova 5t battery capacity

Selain tu, ia juga mempunyai bateri berkapasiti 3750mAH dan dilengkapi dengan teknologi SuperCharge 22.5W yang membolehkan bateri dicaj sehingga 50 peratus hanya dalam 30 minit. Anda sudah tidak perlu risau bateri anda cepat habis kerana nak cas pun laju dan sekejap sahaja.

huawei nova 5t car charger

Bermula esok, HUAWEI nova 5T akan mula dijual di seluruh negara. Dan berita baik kalau anda beli memilikinya anda berpeluang untuk dapat hadiah eksklusif HUAWEI Supercharge Car Charger yang bernilai RM127.

Anda juga boleh dapat tambahan lagi satu tahun waranti (1+1) bermula sekarang hingga 30 September 2019.

huawei nova 5t level up program

Selain itu, bagi pengguna telefon pintar nova sedia ada, anda juga boleh bertukar ke telefon pintar terbaru ini melalui Level-up Program yang bakal ada di semua kedai HUAWEI bermula 7 September 2019 nanti.

Mediapad M5 Lite pon ada!

huawei nova 5t streo speaker

Selain nova 5T, MediaPad M5 Lite juga mula dijual esok pada harga RM1299. Dilengkapi dengan Multiple Eye Protection dan sistem suara yang diiktiraf Harman Kardon pasti tidak kecewakan anda.

Anda boleh dapatkan hadiah percuma satu (1) Speaker mini* dengan setiap pembelian M5 Lite.

*sementara stok masih ada, dan Mpen yang bernilai RM268

Rebut ganjaran tambahan daripada Member Centre bernilai  sehingga RM1127!

huawei nova 5t broucher

Terdapat juga ganjaran menanti anda layak untuk dapat HUAWEI SuperCharge Car Charger bernilai RM127 dan ganjaran tambahan daripada Member Center bernilai RM1000.

Antara ganjaran yang menanti anda daripada Member Center ialah:

  • Nikmati 3 bulan langganan premium Viu
  • Penjimatan sehingga RM120 di PUMA (perbelanjaan minimum RM400)
  • Diskaun 37% tiket masuk ke Sunway Lagoon
  • Tawaran istimewa di GSC, Photobook Malaysia dan Baskin-Robbins
  • Ganjaran istimewa daripada rakan kongsi HUAWEI termasuk dahmakan, Celebrity Fitness, Astro dan banyak lagi.

Jangan lupa download Member Center daripada HUAWEI Apps Gallery untuk nikmati semua ganjaran ni.

Sumber : Thevocket

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :