Press "Enter" to skip to content

Kamera Huawei Mate 30 Pro Berjaya Dinobatkan Yang Terbaik Oleh DxOMark

Kongsi Artikel Ini :

Seperti sudah dijangka sejak sebelum pelancaran, takhta kamera terbaik telefon yang sebelum ini dipegang oleh Samsung Galaxy Note10+ telah dirampas oleh Kamera Huawei Mate 30 Pro. Kejayaan ini berjaya disahkan oleh DxoMark selaku badan yang menguji kualiti telefon pintar dari aspek kamera belakang, hadapan serta kualiti video.

Melalui keputusan yang diperoleh Huawei Mate 30 Pro berjaya menerima 131 markah bagi kualiti gambar kamera belakang, 100 markah bagi kualiti video dan 93 markah bagi kualiti kamera hadapan sekaligus membuatkan model ini mengumpul markah terkumpul sebanyak 121 markah.

Kamera Huawei Mate 30

Sebagai perbandingan, Huawei Mate 30 Pro berjaya memperoleh markah tertinggi pada bahagian kamera belakang. Walau bagaimanapun, Samsung Galaxy Note 10+  tampil sebagai penawaran telefon pintar dengan kamera hadapan terbaik setakat ini.  Berikut merupakan pebandingan yang dibuat oleh DxOMark.

Melihat kepada jumlah markah yang diterima, pastinya markah ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada pengguna mengenai telefon pintar manakah yang wajar dipilih khusus buat mereka yang kerap mengambil gambar menggunakan telefon pintar.

Untuk pengetahuan, tiga model terbaru iPhone keluaran tahun ini masih belum diuji DxOMark sekaligus tidak disenaraikan dalam carta DxOMark setakat ini.

Sumber : Thevocket

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :