Press "Enter" to skip to content

Koleksi Edisi Khas Bata Bersama Coca-Cola

Kongsi Artikel Ini :

Bata menerusi koleksi Bata Heritage mengumumkan koleksi kolaborasi khas mereka bersama jenama minuman terkemuka dunia, Coca-Cola. Koleksi Edisi Khas Bata Bersama Coca-Cola antaranya Model Bata Hotshot dan Tennis telah dipilih.

Kolaborasi ini dengan 3 pilihan warna untuk model Hotshot dan 2 pilihan warna untuk model Tennis. Semestinya warna ikonik merah dan putih dipilih untuk tema koleksi ini.

Mengapa model Tennis dan Hotshot dipilih untuk kolaborasi ini? Ada kisahnya. Model Tennis yang dihasilkan buat pertama kali pada tahun 1936 di India merupakan salah satu model terlaris dalam sejarah Bata.

Manakala untuk Hotshot pula semestinya kerana model berkenaan mendapat restu daripada legenda muzik Grunge, Kurt Cobain yang pernah memakai model ini satu ketika dahulu.

Dikhabarkan hanya 3 model akan berada di pasaran pada 15 Mac 2019 yang akan dijual di Bata Suria KLCC dan www.bata.com.my pada harga RM199 (Tennis) dan RM299 (Hotshot). Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman Facebook Bata Malaysia.

Sumber : Thevocket

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *