Press "Enter" to skip to content

Laporan Internet Opensignal , Celcom Juara Liputan 4G Terluas

Kongsi Artikel Ini :

Laporan internet Opensignal telah menerbitkan satu landskap Internet mudah alih negara kita untuk suku ke-3 2019 yang melibatkan 5 telco utama iaitu:

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • U Mobile
  • Unifi
Laporan Internet Opensignal

Ada beberapa kategori ujian dijalankan dan Celcom memenangi tiga daripada enamnya iaitu liputan 4G, pengalaman video, dan latensi. Untuk kelajuan pula, Maxis memenangi bahagian ini untuk kedua-dua muat naik dan muat turun. Unifi pula adalah yang terbaik untuk panggilan suara.

Sungguhpun U Mobile tidak mengungguli mana-mana kategori, menurut Opensignal, telco ini bertumbuh dengan amat pesat lebih-lebih lagi enam bulan kebelakangan ini. Mereka mencatatkan 30% peningkatan skor dalam kategori pengalaman video. Daripada sudut kelajuan, mereka mencatatkan peningkatan sehingga 2 kali ganda untuk muat naik dan 75% untuk muat turun.

Analisis Mengikut Kategori

Laporan Internet Opensignal 4g

Dilihat pada analisis satu demi satu, Celcom mencatatkan 87.7% liputan 4G. Ia bermakna, jika anda melayari Internet menggunakan talian Celcom selama 24 jam tanpa henti, 21 jam daripadanya adalah capaian 4G dan selebihnya 3G dan kebawah.

Tapi liputan 4G nampaknya tiada masalah sebab paling minimum pun U Mobile dengan 72.3% yang masin boleh diterima akal.

Laporan Internet Opensignal download speed

Tapi untuk muat turun, perbezaan amat ketara antara Maxis dengan Unifi. 17.7Mbps dan 5.4Mbps adalah sangat besar dan pada kelajuan Unifi itu, menonton kandungan multimedia pada resolusi tinggi sudah tentu datangkan masalah.

Laporan Internet Opensignal uploud speed

Unifi masih menduduki tangga terbawah untuk kelajuan muat naik. Jadi jika anda seorang pembangun kandungan yang sentiasa muat naik hasil kerja ke Internet, Maxis dan Celcom adalah rakan karib anda.

Laporan Internet Opensignal latency experience

Untuk Gamers, latensi yang lebih rendah mempengaruhi pengalaman bermain anda. Maxis dan Celcom miliki purata latensi terendah, sekitar 43ms.

Laporan Internet Opensignal video

Ini adalah kategori yang diukur hanya oleh Opensignal menggunakan piawaian ITU. Tapi saya tak rasakan yang ia ada kena mengena dengan telco sebab sebahagian besar pemerosesan kandungan berlaku di bahagian pelayan penyedia perkhidmatan, dan bukannya telco.

Laporan Internet Opensignal voice app

Satu-satunya Unifi menyerlah dalam ujian ini adalah dalam bahagian pengalaman suara.

Laporan Internet Opensignal Analisis Mengikut Negeri

  • Opensignal johor
  • Opensignal kedah
  • Opensignal kelantan
  • Opensignal kuala lumpur
  • Opensignal melaka
  • Opensignal negeri sembilan
  • Opensignal pahang
  • Opensignal penang
  • Opensignal perak
  • Opensignal putrajaya
  • Opensignal sabah
  • Opensignal Sarawak

Sumber: Opensignal , Soyacincau

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :