fbpx Press "Enter" to skip to content

mySalam Untuk Golongan B40 diurus Great Eastern Takaful

Kongsi Artikel Ini :

mySalam adalah skim perlindungan kesihatan yang diperkenalkan oleh kerajaan. Ia menawarkan perlindungan Takaful untuk golongan individu pendapatan B40 secara percuma.

Kerajaan menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit kritikal.

Dijangkakan seramai 3.7 juta individu berumur di antara 18 ke 55 tahun yang merupakan penerima skim Bantuan Sara Hidup rakyat (BSH) layak memohon mySalam.

Skim ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Penerima mySalam boleh mula membuat tuntutan mereka di bawah Skim ini mulai 1 Mac 2019.

Kesemua pemohon yang layak akan dimaklumkan melalui Pesanan Khidmat Ringkas (SMS) mulai 1 Mac 2019 ini.

infografik mysalam

Penerima mySalam boleh menyerahkan tuntutan mereka setelah mendapat pengesahan menghidapi salah satu dari 36 penyakit kritikal.

Bagi penerima yang telah mendapat rawatan dan mengenal pasti penyakit dari kemudahan perubatan swasta tetapi menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan juga layak membuat tuntutan.

Pembayaran sebanyak RM8,000 secara sekaligus apabila disahkan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang disenaraikan di bawah Skim ini.

Bayaran RM50 secara harian sehingga RM700 setahun sebagai pendapatan gantian apabila sedang menjalani rawatan di hospital kerajaan atau hospital yang diiktiraf oleh skim ini.

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Sebagai permulaan, skim ini akan dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad, yang merupakan sebuah pengendali takaful.

Great Eastern Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Skim ini adalah skim patuh Syariah, kerana produk yang diperkenalkan di bawah Skim ini adalah produk takaful dan diuruskan mengikut undang-undang Syariah.

Pengendali takaful yang lain mungkin akan dilantik untuk mengendali Skim ini pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun sesiapa yang sudah mendaftar di bawah skim Bantuan Sara Hidup (BSH)
akan didaftarkan secara automatik sebagai peserta skim mySalam.

Sumber : mySalam


Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *