Press "Enter" to skip to content

Penggunaan Whatsapp GIF Berisiko Data Peribadi Pengguna Terdedah

Kongsi Artikel Ini :

Aplikasi WhatsApp merupakan salah satu aplikasi terpenting yang perlu ada dalam setiap telefon pintar pada masa sekarang ini. Aplikasi ini dapat memudahkan orang ramai berhubung tanpa dikenakan sebarang bayaran. Tetapi disetiap kebaikan pasti akan ada keburukannya iaitu penggunaan Whatsapp GIF Berisiko menyebabkan data peribadi terdedah.

Menurut laporan CNN Business, hackers sedang giat berusaha dalam menggodam telefon pintar pengguna dengan menggunakan aplikasi WhatsApp. Penggodam menggunakan kaedah godaman dengan menghantar GIF kepada pengguna WhatsApp dan apabila kandungan GIF tersebut dibuka, penggodam akan dapat mengakses segala fail yang terdapat di dalam telefon pengguna malahan, penggodam juga dapat mengakses kepada mesej-mesej pengguna yang terdahulu. 

Penggunaan Whatsapp GIF Berisiko
Sumber : Skynews

Whatsapp GIF berisiko menyebabkan data peribadi terdedah. Peranti yang berisiko dengan ancaman ini adalah peranti yang menggunakan Android 8.1 dan Android 9. Akan tetapi, ancaman ini kurang berkesan terhadap peranti yang menggunakan Android versi terdahulu.

WhatsApp yang kini dimiliki oleh Facebook telahpun mengeluarkan update pada bulan lalu bagi menangani masalah ini. Menurut kenyataan daripada pihak WhatsApp, tiada pengguna menjadi mangsa kepada ancaman terbaru itu.

Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan operasi Android terbaru dan sentiasa mengemas kini aplikasi WhatsApp ke versi terkini supaya ancaman sebegini dapat dielakkan. Pengguna boleh mengemas kini aplikasi WhatsApp di Google Playstore untuk Android dan pengguna iPhone boleh mengemas kini aplikasi tersebut di App Store.

Sumber : Thevocket

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :