fbpx Press "Enter" to skip to content

Rangkaian Celcom, TuneTalk Dan Yoodo bermasalah

Kongsi Artikel Ini :

Apabila rangkaian Celcom bermasalah ramai pengguna merungut berkenaan talian mereka apabila dikatakan tidak boleh mengakses internet sejak tengah malam. Lebih parah lagi, pengguna TuneTalk dan Yoodo juga menyuarakan masalah yang sama.

Celcom mengakui terdapat gangguan rangkaian mereka. Dalam satu balasan ciapan mereka kepada aduan pengguna, isu ini sedang diperbaiki dan dijangka selesai pukul 10 pagi ini.

Pengguna yang berhadapan dengan isu ini dinasihatkan untuk mematikan dan menghidupkan semula telefon mereka dalam waktu ini. Selepas isu rangkaian di tempat pengguna pulih, ia mungkin perlu direstart untuk sambungan diaktifkan semula.

Di twitter Yoodo pula, mereka menyatakan terdapat gangguan di perkhidmatan aplikasi mereka. Bagaimanapun, perkhidmatan panggilan dan SMS masih boleh digunakan seperti biasa. Perkara ini mungkin berkaitan dengan gangguan rangkaian di Celcom.

Gangguan rangkaian Celcom memberi kesan kepada beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain seperti TuneTalk dan Yoodo kerana mereka menyewa rangkaian Celcom untuk menawarkan perkhidmatan. Mereka akan turut terjejas apabila rangkaian Celcom turut berhadapan masalah.

Pengguna digalakkan untuk berhubung dengan pusat khidmat pengguna talian masing-masing untuk mendapatkan status terkini perkhidmatan rangkaian mereka.

Sumber : Soyacincau

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :