Press "Enter" to skip to content

Rangkaian Wimax Yes Ditamatkan Perkhidmatannya

Kongsi Artikel Ini :

Bermula dengan menawarkan rangkaian internet Wimax, akhirnya rangkaian Wimax Yes ditamatkan di Malaysia. Yes telah menghantar notis penamatan tersebut kepada semua pelanggan prabayar dan pascabayar Wimax mereka berkuatkuasa pukul 2 petang pada 30 September 2019.

Bagi pengguna yang masih setia dengan pelan Wimax yang lama, Yes menawarkan naik taraf percuma kepada pelan 4G LTE mereka bersama peranti percuma. Untuk bertukar, pengguna boleh melawat Stor Yes berhampiran, atau menghubungi Yes di talian 018-3330000, ataupun menerusi aplikasi MyYes4G.

Yes telah melancarkan rangkaian Wimax mereka pada tahun 2010, dengan kelajuan internet yang lebih pantas berbanding rangkaian 3G pada waktu itu. Penggunaan Wimax tidak memerlukan SIM, pengguna hanya perlu mendaftar masuk akaun Wimax mereka di mana-mana peranti yang bersesuaian, malah membuat panggilan dan menerima panggilan dari mana-mana peranti pintar termasuk iOS, semudah mendaftar masuk aplikasi YesLife.

Bagaimanapun teknologi Wimax kurang mendapat sambutan dan rangkaian 4G LTE mula mengambil alih tempat Wimax. Penyedia Wimax yang lain, P1 telah menamatkan perkhidmatan Wimax pada tahun 2017 dan bertukar kepada rangkaian TDD-LTE.

Yes juga telah memulakan perkhidmatan 4G LTE pada tahun 2016 dan menjadi penyedia rangkaian pertama menawarkan panggilan HD Voice over LTE (VoLTE). Yes juga menjadi penyedia rangkaian pertama beroperasi di rangkaian TDD-LTE menerusi jalur 2300MHz (Band 40) dan 2600MHz (Band 38). Rangkaian Wimax Yes Ditamatkan.

Sumber: Yes4G , Soyacincau

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :