fbpx Press "Enter" to skip to content

Rebat Digi Warga Emas Adalah Sepanjang Hayat

Kongsi Artikel Ini :

Rebat Digi warga emas akan memberikan tawaran istimewa untuk kalangan warga emas. Pelanggan pascabayar Digi yang berumur 60 tahun dan ke atas, kini boleh menikmati rebat RM10 sepanjang hayat untuk bil Digi mereka.

Langkah ini merupakan sebahagian dari komitmen Digi Yellow Heart, untuk memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia dengan sambungan internet yang lebih mampu dimiliki.

Pengguna Digi warga emas sedia ada akan menerima notifikasi dari aplikasi MyDigi mereka untuk mengaktifkan tawaran rebat Digi warga emas. Ia boleh ditebus menerusi fungsi ‘Box of Surprise‘ di dalam aplikasi tersebut. Rebat ini akan terpapar secara automatik di dalam bil bulanan.

Rebat Digi Warga Emas

Beberapa bulan lepas, Digi telah memperkenalkan program rebat yang hampir serupa untuk pengguna kelainan upaya (OKU). Pengguna OKU juga boleh mendapatkan rebat RM10 untuk pelan Digi dengan mendaftar menggunakan kad OKU mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran untuk warga emas ini, layari laman Digi Yellow Heart.

Sumber : Soyacincau

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :