Select Page
Kongsi Artikel Ini :

Pengguna di Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai banyak pilihan untuk pelan internet mudah alih yang murah. Untuk pengguna yang mahukan lebih banyak data untuk menonton video dan melayari media sosial pada harga rendah, boleh dapatkan pelan pascabayar terbaru daripada RedOne, iaitu RedOne Data28.

Pelan ini mengenakan bayaran hanya RM28/bulan dan ia datang bersama panggilan tanpa had sesama talian RedOne. Ia turut memiliki 10GB data RedVideo dan 10GB lagi data RedSosial. Untuk lain-lain, ia diberikan kuota 4G LTE sebanyak 2GB.

RedOne Data28

Menurut soalan lazim FAQ, RedVideo boleh digunakan untuk menstrim video dari platform video seperti YouTube, iflix, AstroGo, DimSum, Tonton, Viu, ErosNow and Netflix. Manakala kuota RedSocial pula digunakan untuk Facebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat.

RedOne tidak menyatakan sama ada terdapat sekatan kelajuan, di dalam FAQ menyatakan RedVideo dan RedSocial ditawarkan dengan kelajuan 4G LTE. Untuk menyemak baki kuota, pengguna boleh mendail *123# atau melalui aplikasi 1App.

Untuk panggilan kepada selain talian RedOne, pengguna akan dikenakan caj RM015/minit. Untuk SMS pula dicaj 5sen kepada talian RedOne dan 10sen ke talian lain.

Dapatkan maklumat lanjut tentang pelan pascabayar RedOne Data28 di sini.

Sumber : RedOne, Soyacincau

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :