fbpx Press "Enter" to skip to content

Skrin iPhone Tidak Asli Akan Dikesan Oleh iOS 13.1

Kongsi Artikel Ini :

Terkini, dalam iOS 13.1 Apple telah menambah lagi pengehadan untuk pengguna membaiki salah satu bahagian pada iPhone. Kali ini, adalah skrin. Jika skrin iPhone tidak asli dikesan, iOS akan memberi amaran skrin yang digunakan bukanlah skrin asli.

Skrin iPhone Tidak Asli

Bukan itu sahaja, melalui skrin iPhone tidak asli ini banyak fungsi mungkin tidak boleh digunakan seperti – True Tone, kecerahan skrin, kejituan warna, Night Shift, atau juga Haptic Touch. Menurut Apple, hanya skrin asli sahaja yang telah dilaraskan agar sesuai dan boleh menggunakan ciri-ciri eksklusif tadi.

Kemudian, ada kemungkinan besar yang pengguna akan menerima notifikasi memberitahu “Apple has updated the device information for this iPhone.” Buat masa ini, hanya barisan iPhone 11 sahaja yang menyokong amaran ini dan Apple mencadangkan jika ingin tukar skrin – tukar dengan juruteknik yang diiktiraf Apple.

Sumber : Amanz

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :