Press "Enter" to skip to content

Unifi Air RM79 Sebulan Internet Jalur Lebar Tanpa Had

Kongsi Artikel Ini :

Telekom Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penawaran Unifi Air RM79 Sebulan , iaitu perkhidmatan internet jalur-lebar nirwayar yang ditujukan kepada kawasan-kawasan tanpa capaian Unifi terlebih dahulu.

Ketika pengenalannya, ia lebih ditujukan kepada pengguna Streamyx sedia ada yang diluar kawasan Unifi. Namun, kini ia dilihat telah pun dibuka pendaftaran kepada pengguna umum yang lain.

Melalui laman Unifi Air, TM memperlihatkan pengguna umum boleh melakukan pendaftaran untuknya di TMpoint berdekatan. TM turut mengatakan pendaftaran secara atas-talian kelak akan dibuka pada bulan November 2019 kelak.

Unifi Air RM79 Sebulan

Melalui Unifi Air, pengguna hanya perlu membayar RM79 sebulan (berbanding harga biasa RM129). Ia akan menawarkan akses kelajuan secara purata 20Mbps, dan peranti yang ditawarkan membolehkan pengguna menghubungkan sehingga 63 peranti pada sesuatu masa.

Pendaftaran Unifi Air juga adalah berbentuk “Plug & Play”, dimana pengguna akan diberikan dengan set khusus yang boleh diaktifkan secara sendiri di rumah tanpa keperluan pembantu daripada pihak TM.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kawasan liputan di laman TM hari ini, dan membuat permohonan untuknya di TMpoint berhampiran.

Sumber : Amanz

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :