Press "Enter" to skip to content

Yoodo Promosi Data Booster 62GB Untuk RM38

Kongsi Artikel Ini :

Jika anda sedang cari prabayar dengan kos data yang murah, Yoodo Promosi Data Booster 62GB untuk RM38. Ia diterjemahkan kepada 1.6GB untuk setiap ringgit. Promosi yang sedang berjalan ini adalah lanjutan promo “I Love Freedom” sempena bulan Hari Kebangsaan tempoh hari.

Yoodo Promosi Data Booster

Pembelian Yoodo promosi data booster boleh dilakukan terus melalui APP Yoodo di telefon. Di bahagian “Buy More” anda boleh leretkan slider Data ke bahagian paling hujung sekali untuk mendapatkan promo RM38 untuk 62GB.

Perlu diingatkan yang tempoh sah penggunaan data yang dibeli melalui fungsi Boost ini adalah mengikut tempoh kitaran akaun anda. Promo ini akan berjalan sehingga 9 Oktober 2019.

Yoodo Promosi Data Booster

Untuk anda yang masih tak mengenali Yoodo, ia adalah penyedia perkhidmatan telco yang menggunakan rangkaian Celcom. Nak kata pascabayar bukan, prabayar pun bukan kerana anda perlu masukkan sama ada kad kredit ataupun debit untuk melanggan apa-apa plan daripada Yoodo.

Bagusnya servis ini adalah plan yang paling murah anda boleh langgan adalah 50 SMS untuk RM3/bulan. Ia sangat sesuai jika anda ingin kekalkan nombor dan tak perlu risau akaun luput dan nombor telefon terlepas ke orang lain. Jika anda seorang gamers, Yoodo ada sediakan data percuma sebanyak 20GB setiap bulan.

Sumber : Soyacincau

Facebook Comments
Kongsi Artikel Ini :