Press "Enter" to skip to content

Penafian

Polisi Penafian dan Kerahsiaan

Mahziman.com dimiliki dan diuruskan oleh Mahziman Resources (002923057-M) . Pemilik laman web ini tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, Mahziman juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda untuk digunakan selain untuk menganalisa prestasi kandungan melalui penggunaan cookies yang anda boleh nyahaktifkan pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet anda. Anda bersetuju untuk membenarkan Mahziman menggunakan dan menyimpan cookies ini sekiranya anda tidak menyahaktifkan fungsi tersebut dari pelayar internet anda.

Waranti dan penggunaan Maklumat

Anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari laman web ini atas tanggungjawab anda sendiri. Risiko jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini adalah atas tanggungan anda. Pihak Mahziman sentiasa cuba menyampaikan maklumat pada tahap yang sebaiknya, namun sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan. Pemilik tidak bertanggungjawab untuk penerbitan semula kandungan yang terdapat di blog ini di laman sesawang lain atau media tanpa kebenaran.

Penulisan Komen

Pemilik laman web ini berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis termasuk:

  1. Komen yang disifatkan sebagai spam
  2. Komen tidak senonoh
  3. Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
  4. Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
  5. Komen yang berbaur perkauman
  6. Komen yang tidak ditulis dengan ejaan yang betul
  7. Komen yang tidak difahami

Hak cipta Artikel, Maklumat, Bahan di blog Mahziman

Semua hasil penulisan di laman web Mahziman ini adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya. Anda perlu mendapat kebenaran daripada pemilik laman web Mahziman sekiranya anda ingin menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari Mahziman dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat.

Pihak Mahziman sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. Pihak Mahziman juga berhak mengubahsuai kandungan bersesuaian dengan kualiti yang dipraktiskan oleh pihak kami. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi Mahziman dengan menggunakan halaman ini.

02 Februari 2019